Dodgeball 13 Jun 2026

Dodgeball 13 Jun 2026

Merchandise MVM

Merchandise MVM

Volunteer Mission - Ekspedisi Bakti

Volunteer Mission - Ekspedisi Bakti

 

Program “Volunteer Mission : Ekspedisi Bakti” bakal dianjurkan oleh Indonesia Youth Volunteer Association pada Julai ini, dengan Muslim Volunteer Malaysia sebagai rakan kerjasama yang akan bersama-sama menjayakan ekspedisi ini!

Trip ini terbuka kepada individu yang berminat untuk menyumbang tenaga, masa dan komitmen sebagai sukarelawan dalam pelaksanaan program bantuan, kebajikan dan sokongan lapangan sepanjang misi dijalankan. 

Maklumat program :
•    Tarikh : 20-30 Julai 2026
•    Tempat : Pulau Messah, Labuan Bajo, Nusa Tenggara Timur.
•    Yuran Pendaftaran : RM800 (Tidak termasuk tiket penerbangan)
•    Depo : RM 200

Kos termasuk :
- Pengangkutan (Darat)
- Makan dan minum 
- Penginapan 
- Ubat-ubatan asas (First Aid Kit)

Kos tak termasuk :
- Tiket Penerbangan
- Travel Insurance
- Vaksinasi
- Duit belanja peribadi  

Aktiviti yang akan dilakukan : 
1.    Membawa pembelajaran interaktif yang menyeronokkan kepada anak-anak di sana.
2.    Menyebarkan kesedaran kesihatan untuk komuniti yang lebih sihat. 
3.    Menghidupkan potensi pelancongan Desa Pasir Putih
4.    Menghubungkan sukarelawan dan komuniti melalui kolaborasi budaya.

Calon sukarelawan yang berminat adalah dikehendaki mengisi borang pendaftaran ini dengan lengkap. Pemilihan sukarelawan adalah terhad dan tertakluk kepada saringan pihak penganjur. 

*Kami akan hubungi anda semula untuk makluman kekosongan dan pembayaran. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan kepada calon yang berjaya melalui saluran rasmi MVM. 

Boleh hubungi : 0178074144 (Amirah)

Segala maklumat anda adalah sulit dan dirahsiakan sepenuhnya.

Kempen Sedekah Ramadan 1 Hari RM1

Kempen Sedekah Ramadan 1 Hari RM1

1 Hari · 1 Ringgit · Beribu Kebaikan 

Bagaimana jika RM1 sehari
boleh menjadi sebab seseorang berbuka dengan senyuman?

Kempen “Sedekah Ramadan: 1 Hari 1 Ringgit” ini mengajak anda menyumbang sedikit,
tetapi secara konsisten, agar lebih ramai dapat dibantu apabila Ramadan tiba nanti.

Sedekah ini akan digunakan sepenuhnya untuk Kempen Rezeki Ramadan
yang akan dilaksanakan oleh Muslim Volunteer Malaysia (MVM) pada bulan Ramadan.

🤲 Kenapa 1 Hari 1 Ringgit?

Kerana kebaikan tidak perlu besar untuk bermula,
tetapi perlu berterusan untuk memberi kesan.

RM1 mungkin kecil bagi kita,
namun bila dilakukan setiap hari,
ia menjadi sumber:

makanan berbuka

dapur yang berasap

dan harapan untuk keluarga yang diuji

Bayangkan ketika anda meneruskan rutin harian,
sedekah anda juga berjalan tanpa henti.

🔁 Sedekah Secara Automatik, 1 kali Setiap Minggu

Dengan menyertai kempen ini:

✔️ Jumlah yang anda pilih (RM1, RM2, RM3, RM4, RM5 atau RM10)
✔️ Akan ditolak secara automatik setiap minggu (Jumaat)
✔️ Tanpa perlu ulang-ulang buat bayaran
✔️ Tanpa risau terlepas hari bersedekah

Anda boleh memilih untuk terus konsisten,
sementara kami pastikan amanah anda sampai kepada yang memerlukan.

(Penolakan automatik ini boleh dihentikan pada bila-bila masa.)

🎁 Ke Mana Sedekah Anda Akan Disalurkan?

Hasil daripada kempen ini akan digunakan untuk menjayakan:

🛒 Shopping Ramadan
🍽️ Iftar Komuniti
👩‍🍳 Rewang Komuniti
👕 Shopping Raya

Setiap RM1 yang disedekahkan hari ini
adalah persiapan awal Ramadan mereka nanti.

💚 Sedekah Kecil, Istiqamah Besar Ganjarannya

Rasulullah ﷺ mengajar kita bahawa
amalan yang paling Allah cintai adalah yang berterusan, walaupun sedikit.

Mungkin kita tak mampu beri banyak dalam satu masa,
tetapi kita mampu memberi sedikit setiap hari.

👉 Pilih jumlah harian anda
👉 Biarkan sedekah berjalan secara automatik
👉 Dan jadilah sebahagian daripada ribuan kebaikan di Ramadan ini

🌱 Sertai Kempen “Sedekah Ramadan: 1 Hari 1 Ringgit” Hari Ini

Kerana kebaikan yang konsisten, lebih dekat dengan keberkatan.

 

Merchandise MVM

Merchandise MVM

MVM Republic adalah syarikat dibawah kelolaan Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia, dimana 100% keuntungan adalah untuk projek-projek kebajikan di dalam negara mahupun di luar negara.

FBads Sedekah Makanan Jumaat

FBads Sedekah Makanan Jumaat

Jadilah asbab mereka dapat mengalas perut dengan makanan panas hari ini.
Dengan sumbangan anda, Insya Allah ada 6,500 saudara kita di G*za yang mampu tersenyum dan meneruskan kehidupan semula.

Sedekah Makanan Setiap Jumaat

Sedekah Makanan Setiap Jumaat

Jadilah asbab mereka dapat mengalas perut dengan makanan panas hari ini.
Dengan sumbangan anda, Insya Allah ada 6,500 saudara kita di G*za yang mampu tersenyum dan meneruskan kehidupan semula.

Loading...